• Nazri Aziz Sepatutnya Jelaskan Kepada Abang Johari

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+
    Menteri Pelancongan dan Kebudayaan persekutuan Datuk Seri Nazri Aziz  yang seharusnya perlu datang ke Sarawak bagi menjelaskan isu Cukai Pelancongan kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bukannya menggesa kerajaan negeri untuk berjumpa dengan beliau.

    Memetik laporan The Borneo Post, Karim berkata tidak ada keperluan bagi pihak mereka untuk bertemu dengan Nazri bagi membincangkan isu terbabit.

    "Beliau harus datang ke Sarawak, berbincang dengan Ketua Menteri kita. Saya aka menunggu beliau di lapangan terbang jika beliau benar-benar ingin saya mengalu-alukannya,"

    "Tidak perlu takut. Rakyat Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia," katanya.

    Karim turut menempelak tindakan sesetengah pemimpin di Semenanjung Malaysia tidak seharusnya memperlakukan Sarawak seperti negeri-negeri lain.

    "Kami membentuk Malaysia. jadi anda tidak perlu melayan kami seperti negeri lain,"

    "Tidak perlu untuk mengharap kami untuk pergi ke sana. Anda perlu datang ke sini untuk menjelaskan kepada kami. Datanglah dan jumpa Ketua Menteri kami untuk menjelaskan kepadanya mengapa anda melakukan ini? Mengapa memperlakukan kami sepertu negeri-negeri lain?" katanya.

    Isu ini berbangkit apabila Sarawak tidak berpuas hati apabila kerajaan negeri hanya mendapat bahagian RM1 untuk setiap RM10 cukai pelancongan yang dikenakan kepada pelancong asing mulai 1 September ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Nazri Aziz Sepatutnya Jelaskan Kepada Abang Johari "