• Nak Mandi, Kaki Masuk Lubang Tandas

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+

    Budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam apabila kaki kirinya tersangkut di dalam lubang tandas rumahnya di Kampung Pasir Tambahan, Batang Kali, pada 11 pagi hari ini.

    Kejadian itu berlaku ketika mangsa mahu mandi.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.37 pagi.

    "Kanak-kanak itu dikatakan hendak mandi sebelum tergelincir dan buku lali kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas.

    "Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan sebahagian mangkuk tandas berkenaan bagi mengeluarkan kaki mangsa," katanya.

    Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu selepas usaha menggunakan minyak pelincir tidak berhasil.

    Katanya, kaki mangsa lebam dan ibu bapanya dinasihatkan membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut.

    Muhammad Waitulmenahan kesakitan selepas kakinya tersangkut pada lubang mangkuk tandas.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Mandi, Kaki Masuk Lubang Tandas "