• Najib Ucap Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi Sichuan

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan Republik Rakyat China dan mangsa gempa bumi kuat yang melanda Sichuan, semalam.

    "Takziah kami kepada Kerajaan dan rakyat China terutama mereka yang terjejas akibat gempa bumi di Sichuan,"menurut catatan terbaharu Najib dalam laman Tweeter beliau, malam ini.

    Media antarabangsa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 19 orang maut dan 247 cedera dalam gempa bumi yang bermagnitud 7.0 mengikut skala Richter.

    Gempa bumi itu menggegarkan wilayah Zhaigou pada 9.19 malam, Selasa (waktu Beijing),dan pusat gempa ialah 33.2 darjah latitud utara dan 103.82 darjah lontitud timur. Gempa itu melanda pada kedalaman 20 km, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

    Jiuzhaigou, atau Lembah Jiuzhai, adalah taman negara yang terkenal dengan air terjun yang menakjubkan dan pembentukan kawasan batu kapur. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi Sichuan "