• Najib Ucap Takziah Keluarga Mangsa Serangan Barcelona

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serangan sebuah van di Barcelona, Sepanyol, Khamis.

    Dalam tweet terbarunya pagi ini, Najib menyifatkan serangan itu sebagai keji.

    "Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan terbabit dengar serangan keji di Barcelona, " katanya.

    Menurut Reuters, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 100 orang cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di tengah-tengah bandar raya Barcelona.

    Dilaporkan kumpulan penyerang itu lari meninggalkan van berkenaan sebaik kejadian berlaku.

    Agenis berita itu melaporkan bahawa berikutan serangan itu, pihak berkuasa keselamatan melancarkan operasi khas memburu mereka.

    Agensi berita itu juga memetik seorang jurucakap polis wanita Catalan sebagai berkata polis menembak mati empat penyerang di Cambrils, selatan Barcelona, dan seorang lagi cedera parah ekoran operasi dijalankan oleh pihak berkuasa yang menyifatkan perbuatan itu sebagai serangan pengganas.

    Serangan di Barcelona itu adalah yang paling buruk berlaku di Sepanyol sejak letupan bom di Madrid pada 2004 yang mengorbankan 191 orang.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Takziah Keluarga Mangsa Serangan Barcelona "