• Najib Sentiasa Beri layanan Terbaik Kepada Sabah, Sarawak

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memberi layanan terbaik kepada Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

    Beliau berkata ini dibuktikan dengan pelantikan ramai menteri kanan serta ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan persekutuan dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

    “Selain itu, dari segi ekonomi dan infrastruktur antaranya pembinaan lebuh raya tanpa tol Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak,” katanya 

    Kurup berkata masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni serta tiada persengketaan kaum yang tidak dapat ditangani walaupun terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab cuba meniupkan sentimen tidak sihat terutamanya isu borneosasi.

    Katanya isu itu sengaja dibangkitkan untuk memecahbelahkan kesepakatan iaitu Perjanjian Malaysia 1963 yang dicapai sejak 55 tahun lalu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Sentiasa Beri layanan Terbaik Kepada Sabah, Sarawak "