• Najib Hantar Ke Mekah, Mahathir Hantar Masuk ISA

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    Rakyat Malaysia pasti sinonim dengan istilah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA di zaman Mahathir, namun tidak ramai yang sedar akan kewujudan Program Khas Haji Perdana Menteri, dua-dua perkara itu memiliki nilai sentimental yang tersendiri.

    Pada zaman penuh kegemilangan dan segalanya serba mudah, selama 22 tahun Tun Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, jumlah tangkapan dibawah ISA mencecah 2,362 orang, malah disumbat ke penjara tanpa perbicaraan.

    Sebaliknya, ketika negara dikatakan tengah muflis dan diperintah dengan penuh kezaliman selama 7 tahun dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, seramai 5,642 orang telah dihantar ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri (PKHPM).

    Tahun ini, dalam keadaan pembangkang memburukkan kerajaan dan ekonomi negara yang dikatakan hampir muflis penuh dengan kezaliman, menerusi program khas ini telah berjaya menghantar jemaah haji tertinggi iaitu seramai 1,100 orang sejak program itu diperkenalkan tujuh tahun lalu.

    Sejak dilaksanakan, program khas ini telah berjaya merealisasikan impian kerajaan untuk membawa lebih ramai pemimpin masyarakat dan pihak pengurusan Masjid di peringkat akar umbi yang kurang berkemampuan untuk pergi menunaikan ibadah haji.

    Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib percaya program khas untuk menghantar rakyat ke Mekah jauh lebih bermanfaat berbanding menghantar rakyat ke penjara dengan melaksakan ISA.

    Pembangkang lebih gemar mempersoal dana yang digunakan untuk menghantar Jemaah ke Mekah, sambil mengagung-agungkan pihak yang menghantar rakyat ke penjara tanpa bicara.

    Meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak, tindakan Perdana Menteri menghapuskan ISA juga membuktikan keterbukaan dan keberanian beliau mentadbir negara sejajar kematangan pemikiran masyarakat dan kemajuan dunia hari ini. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Hantar Ke Mekah, Mahathir Hantar Masuk ISA "