• Motosikal Elektrik Dibenar Atas Jalanraya Sekiranya Ikut Spesifikasi

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Penggunaan motosikal elektrik di atas jalanraya adalah dibenarkan sekiranya spesifikasi pembinaan dan penggunaannya mematuhi ketetapan melalui proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Kementerian Pengangkutan di dalam jawapan bertulisnya kepada Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah (PAS- Kubang Kerian) menjelaskan merujuk kepada Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa kenderaan motor elektrik ditafsirkan sebagai mana – mana kenderaan motor yang dipacu oleh sumber elektrik dan tidak termasuk basikal elektrik.

    Oleh itu, setiap kenderaan elektrik tersebut adalah wajib memenuhi ketetapan seperti berikut:-

    a) Mempunyai nombor siri dan nombor casis yang terang & jelas;

    b) Mempunyai kelajuan maksimum melebihi 50km/j;

    c) Memiliki kebolehan mendaki melebihi gradient 20%;

    d) Spesifikasi bateri dan sistem pendawaian elektrik yang digunakan hendaklah mempunyai perakuan oleh badan kompeten;

    e) Mematuhi kepada Peraturan United Nations (UN) R100 : Battery Electric Vehicles; dan

    f) Bagi motosikal elektrik, ia perlu mematuhi kepada standard MS 2413.

    “Berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap model baru kenderaan motor perlu menjalani prosedur VTA oleh pihak JPJ bagi memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan tersebut telah mematuhi ketetapan di bawah Kaedah Pengangkutan Jalan sebelum boleh didaftar dan dibenarkan di atas jalan raya.

    “Keperluan ini turut terpakai kepada kenderaan elektrik sama ada kereta elektrik mahupun motosikal elektrik,” jelasnya. - klxpress

    Subjects:

  • No Comment to " Motosikal Elektrik Dibenar Atas Jalanraya Sekiranya Ikut Spesifikasi "