• MotoGP: Marquez takluk Republik Czech

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    CZECH GPBRNO, Republik Czech: Penunggang Repsol Honda, Marc Marquez membuktikan kejaguhannya apabila mengetuai barisan pelumba Sepanyol mendominasi kedudukan podium di perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Republik Czech, semalam.

    Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut penyandang juara dunia itu selepas gah mengungguli GP Jerman pada pusingan sebelum ini.

    Rakan sepasukannya, Dani Pedrosa menamatkan saingan di tangga kedua manakala penunggang Yamaha, Maverick Vinales melengkapkan kedudukan podium diikuti pelumba Itali, Valentino Rossi.

    "Saya boleh menambah kelajuan tetapi tiada keperluan untuk melakukannya kerana saya perlu menang dan tidak mahu mengambil risiko," kata Marquez yang melepasi garisan penamat satu saat di depan Pedrosa.

    "Berlumba dalam keadaan seperti ini (keadaan cuaca tidak menentu) boleh menjadi amat mencabar dan kamu perlu kekal fokus," katanya.

    Memulakan perlumbaan di petak utama, Marquez jelas tidak lagi menoleh ke belakang sekali pun kali terakhir menang di Litar Brno pada 2013.

    Kemenangan di Czech turut mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu MotoGP dengan kelebihan 14 mata di belakang Vilales selepas berakhir 10 pusingan perlumbaan.

    Keputusan: MotoGP

    1. Marc Marquez (ESP/Honda) 44min 15.974 saat

    2. Dani Pedrosa (ESP/Honda) at 12.438s

    3. Maverick Vinales (ESP/Yamaha) 18.135,

    4. Valentino Rossi (ITA/Yamaha) 20.466,

    5. Cal Crutchlow (GBR/LCR Honda) 20.982,

    6. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 23.259,

    7. Danilo Petrucci (ITA/Ducati) 24.079,

    8. Aleix Espargaro (ESP/Aprilia) 30.559,

    9. Pol Espargaro (ESP/KTM) 30.754,

    10. Jonas Folger (GER/Yamaha Tech3) 33.236 - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " MotoGP: Marquez takluk Republik Czech "