• Mohd. Juwaidi, Fatin Nurfatehah hadiah emas ke-7 buat Malaysia

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR 18 Ogos - Dua jaguh memanah negara, Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menghadiahkan emas kepada Malaysia di dalam acara compound berpasukan campuran, dengan menumpaskan pasangan dari Myanmar denga kiraan mata 152-142.

    Emas diraih dalam aksi yang berlangsung di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu juga merupakan emas ketujuh buat Malaysia dan juga emas ketiga negara yang disumbangkan daripada acara memanah.

    Kedua-dua Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah semalam juga semalam telah menyumbangkan emas kepada Malaysia masing-masing menerusi acara berpasukan compound lelaki dan wanita. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mohd. Juwaidi, Fatin Nurfatehah hadiah emas ke-7 buat Malaysia "