• Model Diculik Untuk Pelacuran 'Dark Web'

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    MILAN - ITALI: Seorang model warganegara Britain diculik dan didakwa untuk diperdagangkan sebagai hamba seks di pasaran gelap atas talian, 'dark web'.

    Menurut laporan CNN, model yang tidak dinamakan tersebut diserang, diberikan dadah, diikat sebelum dimasukkan ke dalam sebuah beg.

    Seorang warganegara Poland, Lukasz Herba, 30 ditahan di United Kingdom dan bakal didakwa atas kesalah menculik.

    Seorang lagi suspek masih dicari oleh polis.

    Berdasarkan fakta kejadian, model tersebut tiba di Milan pada 10 Julai dan bakal menjalani pengambaraan foto keesokan harinya.

    Ketika memasuki lokasi pengambaraan keesokan harinya (11 Julai) , beliau diserang dua lelaki.

    Mangsa dibawa ke Lemie, sebuah bandar terpencil di kawasan pergunungan Alps di Itali.

    Polis berkata, suspek menggunakan akaun palsu untuk meminta wwang tebusan dari agen mangsa.

    Suspek mendakwa dirinya sebahagian dari organisasi 'Black Death' yang didakwa terlibat dalam pasaran gelap 'dark web'.

    Penyiasat mengesahkan suspek sudah membuat beberapa 'listing' untuk menjual mangsa-mangsa culik (kesemuanya wanita) di 'dark web'.

    Pihak berkuasa Itali dan Britain masih menyiasat kes tersebut. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Model Diculik Untuk Pelacuran 'Dark Web' "