• Model Diculik, Dilelong Secara Online

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    SEORANG model warga Britain diberi dadah sebelum diculik di Milan untuk dijual dalam satu lelongan secara dalam talian, kata polis Itali.

    Mangsa, 20, tiba di ibu negara itu kerana terlibat dalam satu penggambaran yang diatur melalui ejennya.

    Namun sebaliknya dia culik dan dikurung selama enam hari.

    Warga Poland, Lukasz Herba, 30, yang menetap di UK, ditahan atas pertuduhan culik.

    Pejabat Luar berkata mereka menyediakan bantuan konsular kepada wanita warga Britain itu.

    Model yang tidak didedahkan namanya itu tiba di Milan pada 10 Julai lalu.

    Dia tiba di sebuah apartmen pada keesokan harinya untuk sesi penggambaran sebelum diserang dua lelaki, kata polis.

    Polis berkata wanita itu diberi dadah, digari dan dimasukkan ke dalam beg serta dibawa ke sebuah rumah di Borgial, barat laut Turin.

    Mangsa dipercayai digari di sebuah almari kayu di dalam bilik tidur selama enam hari sebelum dibebaskan dan dibawa ke konsulat British di Milan.

    Penyiasat berkata wanita itu berjaya diselamat selepas menyedari penculik melakukan beberapa lelongan secara dalam talian termasuk menyediakan penerangan dan harga pembukaan.

    Penculik didakwa menggunakan akaun sulit untuk meminta ejen model membayar wang sebanyak 230,000 pound sterling bagi menghentikan wanita itu daripada dilelong secara dalam talian.-Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Model Diculik, Dilelong Secara Online "