• Mira Filzah Jual Ayam, Ramai Sanggup Jadi Ayam

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    ORANG kalau cantik, buat apa pun orang mesti akan puji. Mira Filzah jual ayam pun, sampai ada yang sanggup nak jadi ayam!

    Sekarang ni, pemilik wajah cantik dan gadis sopan santun, Nur Amirah Filzah Badioezaman sedang sibuk menjalani pengambaraan drama Meh Sandar Pada Aku 2 bersama dengan hero hot, Aliff Aziz.

    Mira sekarang makin meletop letop sampai followers Instagram dia sudah mencecah sebanyak lebih daripada 2.2 juta!

    Pada Ahad yang lepas, Mira ada memuat naik gambar dan video dia sedang menjual dekat Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail bagi cabaran khas #DramaLirikHot. Kalau akak jual ayam cantik macam ni, semua ayam sanggup nak kena jual.

    Video itu juga tular di laman Facebook dan sudah pun ditonton lebih daripada 26 ribu pengguna Facebook! Amboi korang, pantang orang cantik sikit, laju je ya buat kerja.

    Maklumlah, mungkin Mira tak biasa potong ayam besar ni tapi Mira kelihatan tak kekok untuk berada dekat tempat jual ayam tu. Nampak macam dah biasa teman mak pergi pasar je tu Mira. Takpe, kotor sikit je nanti boleh basuh kan.

    Komen-komen netizen yang buat tak tahan tu. Ada yang sanggup nak jadi ayam lah, ada yang nak pergi pasar hari-hari kalau Mira yang jual ayam.

    Untung tau jadi Mira, buat apa je ada orang sokong. Tapi Mira sebagai selebriti, mestilah dapat perhatian netizen kan.

    Mudah-mudahan lepas ni Mira akan lebih berjaya. Mana tahu kot dia nak jual ayam pulak lepas ni? -MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Mira Filzah Jual Ayam, Ramai Sanggup Jadi Ayam "