• Mini Dress Kena Tiup Angin, Nampak Pakaian Dalam

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+

    Sebut sahaja Kylie Jenner, siapa tidak kenal dengan anak kepada keluarga Kardashian ini. Gadis yang memiliki wajah cantik dan begitu sempurna seringkali membuka mata ramai jejaka.

    Gadis ini bukan sahaja menarik perhatian umum dengan kecantikan sahaja malah penampilannya juga tidak pernah kalah menjadi perbualan para netizen untuk dibincangkan.

    Kylie dilihat begitu manis mengenakan mini dress chiffon berwarna merah bercorak polkadot ketika berada Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

    Namun, bukan penampilannya itu yang menjadi tarikan utama mata netizen tetapi kejadian yang menimpanya ketika berjalan menuju ke kereta bersama sahabatnya, Jordyn Woods menjadi topik hangat.

    Gara-gara mengalami ‘bencana alam’ yang tidak diduga, dress yang dipakai oleh Kylie tersingkap hingga menampakkan pakaian dalam.

    Insiden itu telah berjaya ditangkap dan dilihat oleh paparazzi yang mengikutinya ketika itu.

    Berdasarkan gambar tersebut, Kylie sendiri didapati tidak berdaya untuk menahan dress yang tersingkap naik itu.

    Hmmm… entah sedar ke tak dia tu yang pakaian dalamnya telah kelihatan? Sabar je la. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Subjects:

  • No Comment to " Mini Dress Kena Tiup Angin, Nampak Pakaian Dalam "