• Menu Seimbang Jemaah Wukuf

    Published: Thursday, 31 August 2017
    A- A+


    ARAFAH: Aspek pemakanan untuk jemaah haji antara yang penting bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadat dengan lancar terutama sepanjang tempoh wukuf.

    Memasuki 9 Zulhijah, sekali gus bermakna kemuncak ibadat haji tiba lagi di mana jemaah haji dari seluruh dunia kini berkumpul di Padang Arafah.

    Pergerakan lebih lima juta jemaah ke sini bermula sejak Rabu pagi secara berperingkat.

    Wukuf di Arafah adalah kemuncak ibadat haji dan adalah rukun kedua ibadat itu.

    Tinjauan ke maktab 88 mendapati kakitangan pengendali makanan sibuk menyiapkan makanan untuk hampir 3,000 jemaah di maktab berkenaan.

    Mereka mula memasak selepas Subuh untuk hidangan tengah hari manakala untuk makan malam, mereka mula memasak sebelum waktu Zuhur.

    Makan tengah hari mula diagihkan selepas jemaah menunaikan solar Zuhur.

    Lazimnya, makanan dipek iaitu nasi putih, daging atau ayam dan sayur.

    Jemaah turut dibekalkan dengan air mineral, buah-buahan dan jus buah.

    Sebahagian besar jemaah haji dari Malaysia mula bergerak ke bumi Arafah sejak Rabu tetapi ada juga meninggalkan penginapan mereka pada pagi ini.

    Selepas Maghrib pada Khamis, jemaah berangkat ke Muzdalifah untuk bermabit dan mengutip anak batu dan seterusnya ke Mina untuk melontar jamrah.

    Tahun ini, lebih 30,000 umat Islam di Malaysia berpeluang menunaikan ibadat haji berikutan kuota tambahan yang diberikan kepada Malaysia. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Menu Seimbang Jemaah Wukuf "