• Mendiang Ibu Sedang Siram Pokok Dalam Google Earth

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    TERKEJUT…seorang wanita terkejut apabila melihat ibunya yang telah meninggal dunia 18 bulan lalu sedang menyiram pokok bunga di luar rumah mereka menerusi Google Earth.

    Denise Underhill, yang telah berpindah ke Florida melihat imej berkenaan di rumah ibunya, Beryl Turton di Britain.

    Ketika itu dia menggunakan Google Earth untuk melihat rumah ibunya, kerana terlalu rindukan wanita itu serta kampung halamannya.

    “Saya sedang membuat kerja rumah apabila tiba-tiba terasa ingin menghubungi ibu saya, tetapi itu memang sesuatu yang mustahil.

    “Jadi saya memutuskan untuk menggunakan Google Earth untuk melihat rumah ibu kerana selepas dia meninggal dunia pada 2015, rumah berkenaan telah dijual.

    “Saya mendapat kejutan yang amat besar dan tidak mempercayainya. Ibu saya sedang menyiram bunga di laman rumah seperti selalu.

    “Anda tidak pernah tahu foto apa yang diambil tetapi ia berlaku dalam seumur hidup. Saya fikir seseorang mahu saya melihatnya,’’ kata Denise kepada Tamworth Herald. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Mendiang Ibu Sedang Siram Pokok Dalam Google Earth "