• Manifesto BN Bekalan Elektrik 80,000 Rumah Di Sarawak

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+
    Pada pilihanraya Umum yang lalu, Barisan Nasional telah mengumumkan manifesto yang memberi kepentingan kepada rakyat Sarawak. Sasaran manifesto tersebut adalah membekalkan tenaga elektrik sebanyak 80,000 buah rumah di negeri ini.

    Sepanjang 5 tahun ini, pembekalan tenaga tersebut sudah mencapai objektif manifesto. Kerajaan pusat memperuntukkan peruntukan yang besar saban tahun dan kerajaan Sarawak melaksanakan manifesto tersebut dengan begitu baik.

    Kedudukan geografi Sarawak menjadikan usaha tersebut bukan mudah dilaksanakan secara menyeluruh tetapi kerajaan mempunyai inisiatif yang releven bagi memastikan kemudahan itu dapat di salur kepada rakyat.

    Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak atau Sares diperkenal dan skim bekalan elektrik ini menjana tenaga boleh diperbaharui daripada solar dan mikro hidro untuk dibekalkan ke kawasan pedalaman Sarawak, yang sukar dihubungkan dengan sistem grid.

    Skim ini akan membekalkan kepada 50 buah kampung yang sebahagian daripada 300 kampung terpencil dengan kapasiti 8,700 isi rumah yang dipilih untuk pelaksanaan skim yang menelan biaya RM500 juta ini dalam tempoh lima tahun.Kawasan lain termasuklah pedalaman Ulu Skrang, Katibas, Nanga Merit, Bukit Mabong, Tinjar, Long Bedian, Telang Usan, Bario dan Medamit di Limbang.

    Ini bermakna kerajaan BN tetap menunaikan manifesto yang telah dibentangkan agar rakyat tetap menikmati bekalan elektrik secara menyeluruh dan usaha tersebut akan berterusan sehingga mencapai objektif yang sebenarnya.

    Subjects:

  • No Comment to " Manifesto BN Bekalan Elektrik 80,000 Rumah Di Sarawak "