• Mangsa Sengatan Tebuan Meninggal Dunia Di Sisi Ibu

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+


    Mangsa sengatan tebuan yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu meninggal dunia kira-kira 2.30 pagi hari ini.

    Irdina Batrisyia Abdul Wahab Al Hadi, 8, menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Zuriati Abdul Ghafar, 35, ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi( ICU) HSNZ.

    Mangsa yang kritikal selepas kejadian berhampiran rumahnya di Kampung Batu Tiong, Dungun kira-kira 6.30 petang kelmarin dipindahkan ke HSNZ dari Hospital Dungun awal pagi semalam.

    Datuk saudara mangsa, Sudin Ibrahim, 48, berkata, keadaan arwah sangat kritikal dan doktor sudah berusaha untuk menyelamatkannya.

    Menurutnya, selepas dirawat di hospital berkenaan hampir 24 jam, cucu saudaranya itu menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini.

    Adiknya, Iffriah Darwisah, 3, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Dungun kira-kira 10.30 malam kelmarin.

    Seorang lagi adiknya, Izzat Al Haziq, 6, yang turut bermain bersama mereka ketika kejadian sempat menyelamatkan diri.

    Tiga beradik itu dikatakan bermain di depan rumah mereka sebelum diserang tebuan dari semak berhampiran.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Mangsa Sengatan Tebuan Meninggal Dunia Di Sisi Ibu "