• Mangsa ke 1,641 tragedi 11 September dikenal pasti

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+
    NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pejabat Pemeriksaan Perubatan New York semalam, mengumumkan mayat ke 1,641 daripada 2,753 mangsa korban tragedi 11 September telah dikenal pasti, lapor agensi berita China Xinhua.

    Identiti mayat lelaki itu, bagaimanapun tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

    Mayat dikenal pasti melalui ujian semula sampel DNA yang ditemui di lokasi kejadian dan seramai 1,112 baki mayat masih menunggu menjalani proses ujian.

    Serangan pada 2001 itu, menyebabkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat ranap selepas dirempuh sebuah pesawat penumpang Boeing 767.

    Kejadian didakwa didalangi kumpulan militan Al-Qaeda. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Mangsa ke 1,641 tragedi 11 September dikenal pasti "