• Mampukah Pembangkang Menerima Idea Rakyat?

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan menjadi medan parti politik yang akan membuktikan kemampuan memenangi hati pengundi seluruh Malaysia. Pelbagai perkara dan agend akan dibangkitkan termasuk parti pembangkang yang begitu beria-ia menguasai Putrajaya.

    Dari pengalaman yang lepas, setiap janji pembangkang belum lagi nampak apa yang pernah dinyatakan ketika kempen politik berlangsung. Buktinya bila tiga negeri di bawah kepimpinan pembangkang tidak berjaya menterjemahkan janji mereka sehingga masalah demi masalah berlaku. Hal tersebut adalah realiti dan perkara sebaliknya berlaku apabila jawatan tertinggi negeri menjadi rebutan sesama mereka sendiri.

    Hakikatnya pembangkang belum mampu untuk merancang yang terbaik untuk rakyat negeri mereka dan plan-plan strategik untuk memajukan negeri dan rakyat bagaikan tidak wujud sama sekali. Sering pula berlaku perbalahan antara parti dalam Pakatan Harapan dan ia seakan tidak menemui jalan penyelesaian sehingga lupa kepada kepentingan rakyat.

    Berbeda pula dengan kepimpinan yang ditadbirurus oleh Barisan Nasional. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terserlah dengan dasar yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat. Perkara utama ialah mentranformasikan negara berpendapatan tinggi pada tahun 2050.

    TN50 umpamanya gelanggang pemimpin berhadapan secara langsung dengan rakyat dan mendengar idea-idea rakyat yang bernas untuk dipertimbangkan pelaksanaannya. Malah program sebegini memberi peluang rakyat sendiri menyampaikan apa yang diinginkan untuk membina negara bersama-sama kerajaan. Terbukti inilah platform yang menyaksikan kerajaan mendengar segala idea rakyat secara langsung dan melibatkan rakyat sendiri agar negara ini dibangunkan bersama dan mencapai objektifnya.

    Persoalannya kini, jika pembangkang berkuasa, adakah pembangkang mahu mendengar idea-idea rakyat yang mahukan negara ini maju, aman dan berpendapatan tinggi?. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Mampukah Pembangkang Menerima Idea Rakyat? "