• Malaysia Raih 2 Emas Acara Renang Terbuka 10km

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Dua perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan melakar sejarah apabila menyumbang pingat emas kelima dan keenam untuk pasukan Malaysia di sini hari ini.

    Mereka berdua masing-masing unggul mengharumkan nama negara dalam Sukan SEA 2017 menerusi acara renang terbuka 10 kilometer untuk kategori lelaki serta wanita yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6.

    Soon Choy berjaya mengatasi sembilan perenang yang mengambil bahagian dalam kategori lelaki manakala Heidi pula berada di tempat pertama dalam kalangan 10 peserta wanita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Raih 2 Emas Acara Renang Terbuka 10km "