• Malaysia Pertahan Emas Compound Berpasukan Wanita

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kontinjen negara mempertahankan pingat emas acara compound berpasukan wanita sukan memanah selepas menewaskan Vietnam pada aksi final temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

    Pingat emas sah menjadi milik Malaysia selepas memenangi panahan penentuan atau shoot off hasil himpunan sebanyak 253 mata mengatasi lawannya dengan kelebihan satu mata.

    Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 225 mata selepas berakhirnya pusingan keempat atau End 4. - BHOnline

    Foto Yazit Razali

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Pertahan Emas Compound Berpasukan Wanita "