• Malaysia Mara Ke Final

    Published: Saturday, 19 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Malaysia mudah mengatasi Brunei 70-28 di peringkat separuh akhir acara bola jaring pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Juara, Bukit Kiara, dekat sini, hari ini.

    Pertembungan kedua-dua pasukan mengulangi aksi separuh akhir pada edisi 2015 di Singapura yang mana Malaysia ketika itu mencatat kemenangan 79-23.

    Satu lagi aksi separuh akhir hari ini membabitkan penyandang juara, Singapura bertemu Thailand yang turut mengulangi pertembungan di negara seberang tambak itu pada 2015.

    Singapura ketika itu mencatat kemenangan 59-29.

    Hanya lima negara bertanding dalam acara bola jaring di KL2015 termasuk Filipina.

    Pertembungan final esok turut mengulangi aksi final di antara Malaysia dan Singapura dengan edisi 2015 menyaksikan tuan rumah menang 46-43. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Mara Ke Final "