• Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Diwujudkan

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU – Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

    Beliau berkata setakat ini dua negeri telah dikenal pasti untuk diwujudkan mahkamah tersebut.

    “Mahkamah khas berkenaan sebelum ini hanya membicarakan kes di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

    “Jadi, kita akan perluaskan bagi mempercepat proses perbicaraan dan memberi keselesaan kepada mangsa iaitu kanak-kanak dalam memberi keterangan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program ‘Tribute To Women’ dan kempen menangani keganasan terhadap wanita, di sini hari ini.

    Rohani berkata setakat ini, mahkamah khas yang beroperasi di Istana Kehakiman, Putrajaya sejak Julai lalu menerima 60 kes bagi kes-kes yang didaftarkan di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

    “Kes kanak-kanak ini, jika nak diadili di mahkamah biasa itu memang tidak sesuai disebabkan anak-anak (mangsa) akan berada dalam keadaan trauma, malah kita sendiri juga tidak selesa sekiranya berada di dalam mahkamah,” katanya. -BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak Akan Diwujudkan "