• Mahkamah Alor Setar tolak pemohonan peguam Exco Pulau Pinang batalkan reman

    Published: Sunday, 13 August 2017
    A- A+
    ALOR SETAR 13 Ogos - Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menolak permohonan semakan untuk batalkan tempoh reman lima hari ke atas Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

    Hakim Datuk Hashim Hamzah memutuskan keputusan terbabit selepas mempertimbangkan hujah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam tertuduh.

    "Selepas melakukan pertimbangan dan mendengar hujah. Permohonan terbabit sepatutnya difailkan di Pulau Pinang.

    "Saya dapati Mahkamah Tinggi Pulau Pinang adalah forum yang lebih sesuai," katanya.

    Peguam Boon Pooh berpendapat keputusan reman yang dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Georgetown, Ameera Mastura Khamis tidak teratur dan tidak sah kerana keputusan dibuat tanpa mendengar hujah peguam yang mewakili Boon Poh, pengarah dan pengurus kilang terbabit.

    Jumaat lalu, Boon Poh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu bersama dua beranak yang juga pengarah dan pengurus kilang itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.

    Penahanan tersebut merupakan susulan serbuan dijalankan SPRM bersama Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas kilang memproses habuk kayu bagi kegunaan penghasilan penapis karbon, Khamis lalu.

    Penahanan Boon Poh itu dikatakan dibuat berdasarkan beberapa surat arahan sama yang dikemukakan dan ditandatangani Exco berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menangguhkan sebarang tindakan dikenakan ke atas pengarah dan pengurus kilang haram terbabit, pada tahun lalu.

    Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar manakala Boon Pooh diwakili peguam Ramkarpal Singh dan R S N Rayer dan Dev Kumareandran.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Alor Setar tolak pemohonan peguam Exco Pulau Pinang batalkan reman "