• Lima Perenang Malaysia Mara Ke Akhir

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+


    LIMA perenang negara mara ke pusingan akhir acara renang Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional hari ini.

    Menepati jangkaan Welson Sim menjadi perenang pertama sampai ke garisan penamat dalam saringan kedua acara 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3 minit 56.20 saat untuk mara ke pusingan akhir yang akan berlangsung malam ini.

    Rakan sepasukannya Yeap Zheng Yan turut melayakkan diri ke pusingan akhir selepas merekodkan masa 4:03.09s.

    Chan Jie akan berentap dengan bintang renang Singapura Joseph Schooling dalam perlawanan akhir 50m kuak kupu-kupu lelaki selepas mencatatkan masa 24.93s dalam saringan kedua.

    Turut layak ke pusingan akhir ialah Tern Jian Han bagi acara 50m kuak lentang lelaki selepas mencatatkan 26.62s manakala Caroline Chan Zi Xin menjadi perenang terakhir mara ke pusingan akhir acara 100m kuak lentang wanita dengan masa 1:05.89s.

    Sementara itu, kuartet wanita negara akan beraksi dalam pusingan akhir 4x100m gaya bebas berganti-ganti wanita berikutan hanya enam pasukan yang mengambil bahagian dalam acara itu. –Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Lima Perenang Malaysia Mara Ke Akhir "