• Lepas Langgar Terus Lari

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+

    Wanita berusia 20-an cedera selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di depan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kota Bharu, hari ini.

    Difahamkan ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC menghala ke Jalan Kuala Krai, sebelum dilanggar kereta jenis Toyota Vios dipercayai dari arah belakang antara 9 hingga 10 pagi.

    Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikalnya sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Bharu, Asisten Superintendan Hamizon Che Harun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kemalangan terbabit.

    "Kita hanya mengetahuinya sebaik kemalangan itu ditularkan dalam aplikasi WhatsApp kira-kira jam 10 pagi.

    "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di talian 09-7752200," katanya di sini, hari ini.

    Beliau berkata, dalam pada itu mangsa kemalangan terbabit diminta tampil membuat laporan polis sebaik mendapatkan rawatan bagi membantu siasatan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lepas Langgar Terus Lari "