• Lemas Terperangkap Dalam Kenderaan

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Lelaki ditemui lemas akibat terperangkap di dalam pacuan empat rodanya yang dihanyutkan arus banjir di Kampung Lingkungan, Beaufort, malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa, dikenali sebagai Naidi Gamaine, 63, yang memandu pacuan empat roda tidak sempat keluar dari kenderaannya selepas dihanyutkan oleh arus banjir di lokasi berkenaan.

    Dipercayai, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lingkungan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang Rastam Keladi berkata, bomba menerima panggilan pada 10.16 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi mengeluarkan mangsa.

    "Dua jentera daripada BBP Sipitang dan BBP Beaufort dengan kekuatan seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan," katanya, di sini, hari ini.

    Katanya, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap itu kira-kira 30 minit sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    "Kita mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa susulan arus masih deras ketika itu.

    "Bomba berjaya menamatkan operasi berkenaan pada jam 1 pagi," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lemas Terperangkap Dalam Kenderaan "