• Lelaki Tua Nakal Cucuk Lidi Pencungkil Gigi Ke Tempat Duduk Bas Awam

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 60 tahun disiasat atas tuduhan mencucuk lidi pencungkil gigi ke dalam tempat duduk sebuah bas awam.

    Dia yang dituduh berkelakuan nakal berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

    “Selepas menjalankan siasatan menyeluruh dan dengan bantuan rakaman CCTV, kami mengenalpasti suspek,” menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.

    Gambar tiga pencungkil gigi yang terpacak dari tempat duduk berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang berkata, dia menyedarinya ketika hendak duduk.

    “Pastikan anda periksa tempat duduk sebelum anda duduk!” tulis pengguna itu. Ia kemudian dikongsi lebih 2,500 kali.

    Singapura mempunyai kadar jenayah paling rendah di dunia. Bagaimanapun, antara slogan penerangan awam kerajaan ialah: “Kadar rendah jenayah tidak bermakna tidak ada jenayah.”

    Pihak berkuasa republik itu bertindak tegas terhadap jenayah kecil yang hukumannya antara lain ialah rotan.

    Pengimportan gula getah diharamkan sebagai sebahagian usaha memastikan kebersihan di tempat awam.

    Dua tahun lalu, seorang lelaki didenda S$19,800 (RM62,300) kerana membuang puntung rokok dari flatnya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Tua Nakal Cucuk Lidi Pencungkil Gigi Ke Tempat Duduk Bas Awam "