• Lelaki Mabuk Hilang Teruna Selepas 'Dikerjakan' Gay

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Seorang lelaki bukan sahaja kehilangan ‘teruna’ selepas dia dicabul seorang gay ketika tidak sedarkan diri akibat mabuk, malah turut kerugian wang tunai 600 yuan (RM384) dan telefon bimbit dalam kejadian di bandar Guangxi Liuzhou, China, Ahad lalu.

    Memetik Shanghaiist, ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai A'Jun berada dalam keadaan mabuk dikatakan tertidur di sebuah bangku di kawasan terbuka di bandar itu.

    Kira-kira jam 5 pagi, mangsa terbangun dari tidur dan mendapati tali pinggangnya telah terbuka dan dompet serta telefon bimbitnya yang disimpan di dalam poket seluar juga hilang.

    A’Jun kemudian pergi ke balai polis berdekatan bagi membuat laporan berhubung perkara itu, lapor portal itu lagi.

    Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar tempat kejadian dan mendapati A’Jun berkeliaran di kawasan itu sekitar jam 2 pagi.

    Sepanjang meneliti rakaman, beberapa individu kelihatan melalui kawasan tersebut namun tiada perkara yang mencurigakan berlaku kepada A’Jun sehinggalah jam 4.30 pagi apabila kelibat seorang lelaki tidak dikenali mendekati mangsa.

    Menerusi rakaman CCTV, suspek duduk di bangku berdekatan dengan A’Jun, yang mana pada masa itu kelihatan beberapa individu turut berada di sekitar tempat kejadian.

    Selepas menunggu beberapa minit dan yakin bahawa keadaan sekitar kosong, suspek menghampiri A’Jun dan mula menyentuh bahagian sulit mangsa, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Suspek terus ‘kerjakan’ mangsa dengan menggosok kemaluan A’Jun, selain kelihatan lelaki terbabit melutut dan memasukkan alat sulit A’Jun ke dalam mulutnya.

    Setelah puas melepaskan nafsu dan melakukan kerja terkutuk itu, suspek menyeluk poket seluar mangsa dipercayai mengambil dompet dan telefon bimbit milik A’Jun lalu meninggalkan tempat kejadian, memetik Shanghaiist lagi.

    Polis segera menjejaki lelaki terbabit sebaik sahaja selesai meneliti rakaman CCTV dan berjaya menahan suspek di sebuah hotel, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

    Polis berkata, suspek berusia 30 tahun itu mendakwa berada di bandar tersebut atas urusan perniagaan.

    Suspek turut mengaku seorang gay dan ketika kejadian dia sedang berjalan di kawasan tersebut lalu ternampak A’Jun yang tidak sedarkan diri. Suspek ‘tergoda’ kerana A’Jun memiliki raut wajah yang kacak, dan perkara itu telah mendorongnya untuk mencabul mangsa.

    Dia mengaku mencuri dompet, mengambil wang tunai berjumlah 600 yuan dan membuang domper tersebut. Namun, suspek menyimpan kad pengenalan A’Jun kononnya sebagai kenang-kenangan.

    Selain rakaman CCTV yang tular di aplikasi WeChat, sebuah lagi rakaman yang tersebar memaparkan suspek ditahan dan berada di dalam lokap.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Mabuk Hilang Teruna Selepas 'Dikerjakan' Gay "