• Lelaki Hantar Mesej Cabul Dicekup Kru Penerbangan

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita yang menyedari seorang lelaki menghantar mesej mengenai pencabulan ketika berada dalam penerbangan, bertindak melaporkan perkara tersebut.

    CNN mengatakan wanita berkenaan memberitahu kru penerbangan dari Seattle ke San Jose tersebut yang kemudian melaporkannya kepada polis.

    Polis kemudian menahan lelaki tersebut, Michael Kellar, 56, dalam kejadian 1 Ogos lepas.

    Michael yang duduk di hadapan pengadu telah menghantar mesej berkenaan pencabulan kanak-kanak kepada seorang lagi wanita di Tacoma.

    Wanita tersebut, Gail Burnworth, 50, yang dipercayai seorang pengasuh juga ditahan polis selepas dikenakan waran tangkap.

    Gail menghadapi dakwaan eksploitasi seksual, dakwaan rogol kanak-kanak dan dakwaan merancang aktiviti seksual dengan kanak-kanak.

    Jurucakap polis San Jose, Brian Spears memuji tindakan pengadu.

    "Jika bukan tindakannya yang mengadu kepada kru penerbangan dan polis, satu kejadian jenayah pasti telah berlaku," kata Brian kepada CNN. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Hantar Mesej Cabul Dicekup Kru Penerbangan "