• Lelaki Belanja 5,000 Mangkuk Mi Selepas Jumpa Cincin

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+


    CHONGQING - CHINA . Seorang lelaki membeli 5,000 mangkuk mi di selepas penjual mi berkenaan menjumpai cincin pertunangannya yang hilang.

    Menurut Chongqing Morning Post yang dikenali sebagai Wang pada mulanya mahu membuat kejutan pada teman wanitanya dengan melamar wanita itu pada ulang tahun hubungan mereka.

    Dia telah menghabiskan pagi 13 Ogos membuat persiapan menjelang pertunangan, tetapi ketika makan tengah hari dia berpindah dari tempat duduknya untuk menjawab panggilan telefon dari teman wanitanya.

    Apabila dia kembali, dia mendapati begnya yang mengandungi cincin berlian tiga karat bernilai 300,000 yuan (RM193,041) telah hilang.

    Namun, dia bernasib baik kerana seorang penduduk tempatan telah menyerahkan beg itu kepada pengurus restoran, Yue Xiaohua, yang kemudiannya memulangkannya kepada Wang.

    Menurut Yue, lelaki itu kembali semua pada hari berikutnya.

    "Dia bertanya kepada kami berapa banyak mangkuk mi pedas yang kami jual sehari, dan kemudian memberi saya 35,000 yuan iaitu harga untuk 5,000 mangkuk dan meminta ia diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

    Selasa lalu orang ramai berbaris sepanjang 100 meter di luar kedai di pusat bandar Chongqing untuk menikmati mi percuma berkenaan.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Belanja 5,000 Mangkuk Mi Selepas Jumpa Cincin "