• Legenda muzik country Glen Campbell meninggal dunia

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Legenda muzik country, Glen Campbell, yang cukup popular menerusi lagu Rhinestone Cowboy meninggal dunia pada usia 81 tahun.

    Campbell yang jualan albumnya pernah mencecah berjuta-juta unit sepanjang berdekad menjadi anak seni meninggal dunia akibat penyakit Alzheimer di Nashville, Tennessee.

    "Dengan penuh dukacita dan berat hati kami mengumumkan pemergian seorang suami, ayah, datuk dan penghibur serta pemain gitar legenda," kata keluarganya dalam satu kenyataan.

    Sepanjang kerjayanya, lebih daripada 70 album pemilik nama sebenar Glen Travis Campbell ini terjual lebih daripada 50 juta unit.

    Mendiang juga pernah meraih enam Anugerah Grammy, termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, keahlian di Country Music Hall of Fame dan Musicians Hall of Fame. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Legenda muzik country Glen Campbell meninggal dunia "