• Lara Alana Ada Kakak ‘Kembar’?

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    Seorang gadis tular apabila wajahnya dikatakan mirip Lara Alana, anak pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

    Maklum balas netizen rata-rata memberi gambaran begitulah wajah Lara yang baru berusia tiga tahun apabila dia dewasa nanti.

    Semuanya bermula selepas gadis ini memuat naik gambarnya di Twitter baru-baru ini dan seorang netizen memberikan komen: “Lara Alana bila dah besar be like.”

    “Besar dah macam Lara,” kata seorang netizen lain yang merujuk kepada si cilik yang mempunyai 2.8 juta pengikut di Instagram.

    Gadis yang semakin menjadi bualan itu merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris di Universiti Malaya.

    Nadiah Nasir, 20, berkata, dia berasa terkejut kerana tidak menyangka dikaitkan dengan personaliti media sosial itu selepas memuat naik gambarnya di Twitter.

    “Saya tak rasa wajah saya sama macam Lara Alana. Rasa kelakar pun ada sebab bagi saya, Lara jauh lagi comel daripada saya,” katanya kepada mStar Online.

    Bagaimanapun katanya, mungkin kerana teknik mekap yang digunakan di dalam gambar yang tular itu membuat gadis dari Ampang ini kelihatan seperti Lara.

    “Saya memang suka berekspresi dengan mekap, cuba pelbagai teknik dan mengambil gambar dari pelbagai sudut,” katanya.

    Gadis yang semakin menjadi bualan itu merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris di Universiti Malaya.

    Nadiah Nasir, 20, berkata, dia berasa terkejut kerana tidak menyangka dikaitkan dengan personaliti media sosial itu selepas memuat naik gambarnya di Twitter.

    “Saya tak rasa wajah saya sama macam Lara Alana. Rasa kelakar pun ada sebab bagi saya, Lara jauh lagi comel daripada saya,” katanya kepada mStar Online.

    Bagaimanapun katanya, mungkin kerana teknik mekap yang digunakan di dalam gambar yang tular itu membuat gadis dari Ampang ini kelihatan seperti Lara.

    “Saya memang suka berekspresi dengan mekap, cuba pelbagai teknik dan mengambil gambar dari pelbagai sudut,” katanya.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lara Alana Ada Kakak ‘Kembar’? "