• Kota Samarahan, Gedung Ilmu Serba Lengkap

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Kota Samarahan merupakan gedung ilmu bagi penuntut di seluruh negara. Bagi penuntut dari Semenanjung Malaysia dan Sabah, Kota Samarahan bukan asing kerana mereka tetap dilayan seperti orang tempatan.

    Jadi, ibu bapa tidak perlu merasa risau dengan nasib anak mereka yang menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak.

    Di Kota Samarahan, semuanya lengkap terutama melibatkan keperluan pelajar. Tidak perlu mereka pergi ke tempat lain untuk mendapatkan sesuatu barang.

    Selain itu, fasiliti pendidikan di Kota Samarahan juga lengkap dan moden.

    Paling menarik, pengangkutan banyak disediakan sekiranya mereka perlu pergi ke destinasi lain.

    Bukan seperti dahulu, Kota Samarahan sekarang juga dilengkapi dengan pusat beli-belah yang menjual pelbagai barangan keperluan.

    Selain gedung ilmu, Kota Samarahan boleh diibaratkan sebagai gedung makanan kerana puluhan kedai makan dan gerai dibuka dengan pelbagai judah tersedia.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kota Samarahan, Gedung Ilmu Serba Lengkap "