• Kundasang 'Ditawan' Yamaha E115M

    Published: Sunday, 13 August 2017
    A- A+


    KUNDASANG: Sejauh 240km perjalanan berjaya diharungi peserta konvoi sebelum bermalam di Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu tengah hari semalam.

    "Perjalanan sekitar empat jam diharungi tanpa apa-apa masalah walaupun hari ini kami dihidangkan dengan cabaran mendaki paling getir," kata ketua konvoi, Nurasiman Simon.

    Menurutnya, terdapat satu laluan mendaki yang memaksa seorang daripada peserta kami terpaksa menggunakan gear satu untuk menamatkan pendakian menuju lokasi bermalam.

    "Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang." tambah George Marcella Bana.

    "Perjalanan kami diteruskan dengan berhati-hati kerana laluan hari ini banyak dikongsi bersama treler dan lori-lori kargo," jelasnya.


    "Kami tiba mengikut jadual yang telah ditetapkan," jelas mekanik konvoi Sekawi Jamaluddin Tony.

    "Motosikal kami tetap unggul meredah cabaran hari ini," tambahnya.

    Seorang lagi peserta konvoi Sapawi Mustapa pula memberitahu mereka mengambil keputusan untuk bergerak awal ke Kundasang supaya dapat tiba awal.

    "Kami telah sepakat untuk mengunjungi beberapa lokasi menarik sekitar Kundasang.

    "Malam tadi, kami telah putuskan untuk bergerak awal dari Sandakan supaya dapat melawat lokasi yang ingin kami lawati," tambah Sapawi.

    Hari ini, konvoi dijadualkan bergerak menuju Kudat sebelum menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu dan bermalam di sana.-Sarawakiana

  • No Comment to " Kundasang 'Ditawan' Yamaha E115M "