• Konvoi Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M 'Tawan' Tawau

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    TAWAU: Konvoi Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M selamat tiba di Tawau kira-kira jam 5:30 petang semalan.

    Menurut ketua konvoi, Nurasiman Simon, perjalanan semalam meliputi jarak sejauh 345km bermula sekitar jam 10 pagi dan tiba di Tawau pada pukul 5:30 petang.

    "Cabaran hari ini agak unik dan mencabar kerana 60% daripada jalan yang terpaksa kami lalui terdiri daripada jalan balak dan jalan berbatu (gravel road).


    "Terdapat juga kawasan yang disediakan papan amaran 'Kawasan Gajah Melintas' dan sekali sekala kami berselisih dengan lori balak," tambahnya.

    Seorang lagi peserta konvoi, Sapawi Mustapa menjelaskan walaupun model motosikal yang ditunggang hanya dilengkapi spesifikasi yang sangat minima, ia sangat memuaskan malah berbaloi dengan harga jualan yang ditetapkan pengeluar.

    "Tiada masalah besar timbul di sepanjang perjalanan kami," kata mekanik konvoi, Sekawi Jamaluddin Tony.


    "Dengan keadaan jalan yang mencabar seperti yang kami lalui hari ini, motosikal kami hanya berdepan dengan masalah kecil sahaja," ujarnya.

    "Pendakian bukit tidak memberikan sebarang masalah kepada motosikal ini.

    "Dengan pemilihan gear yang betul, tenaga yang dijana enjin model ini mampu mendaki tanpa sebarang masalah," kata seorang lagi peserta konvoi, George Marcella Bana.

    Hari ini, konvoi dijadual meneruskan perjalanan menuju ke Semporna dengan anggaran jarak perjalanan sekitar 106km. - Sarawakiana


  • No Comment to " Konvoi Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M 'Tawan' Tawau "