• Kontraktor Jangan Buat Rakyat Marah

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    MIRI: "Jika anda (kontraktor) gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, rakyat yang akan menjadi mangsa kerana kerajaan melulus dan memberikan projek berkenaan untuk keperluan mereka.

    "Tindakan tidak bertanggungjawab kontraktor meninggalkan projek separuh jalan atau tidak menyiapkan seperti dijadual akan mencetuskan kemarahan rakyat yang seterusnya menyalahkan pihak berkuasa atau kerajaan kerana kegagalan penyiapan projek tersebut," kata Menteri Muda Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Rosey Yunus.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mematuhi terma dan syarat projek yang diperolehi memandangkan kerajaan memerlukan kemudahan berkenaan untuk kegunaan dan keperluan rakyat.

    "Rakyat akan menyalahkan wakil rakyat dan kerajaan mengapa projek berkenaan gagal disiapkan," ujarnya.

    Menurutnya lagi, kontraktor yang dianugerahkan projek kerajaan diingatkan supaya melaksanakan dan menyiapkan projek dengan sewajarnya atau rakyat menjadi mangsa dan berdepan kesukaran jika ia terus tertangguh atau terbengkalai.

    Tambahnya, kontraktor perlu melaksanakan projek atau tender diamanahkan sebaik sahaja diberi kontrak berkenaan kerana projek tersebut disalur oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.-Sarawakiana

  • No Comment to " Kontraktor Jangan Buat Rakyat Marah "