• Klip Video Lagu Baru Taylor Swift Pecah Rekod

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+


    SUDAHKAH anda menonton klip video single terbaru Taylor Swift, Look What You Made Me Do yang dilancarkan Ahad lalu?

    Video itu berjaya memecah rekod YouTube apabila meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya! Fuh!

    Menurut YouTube, video penyanyi berusia 27 tahun itu menewaskan jumlah tontotan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy menerusi lagu Gentleman pada 2013.

    Ini bermaksud lagu Look What You Made Me Do mencipta sejarah baru dalam sejarah YouTube.

    Video itu bagaimanapun menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan pemerhati media hiburan antarabangsa sejak ditayangkan pada MTV Music Awards pada Ahad lalu.

    Menambahkan lagi minat terhadap video itu, khabarnya lagu berkenaan ditujukan kepada Kanye West dan Kim Kardashian kerana kontroversi lagu Famous.

    Hal ini kerana Taylor ‘menghilangkan diri’ daripada industri muzik hampir setahun selepas insiden itu.

    Rangkap lirik, “I’m sorry, but the old Taylor can’t come to the phone right now,”, “Why? Oh, ’cause she’s dead” menarik perhatian peminatnya, sehingga ada yang berpendapat Taylor tampil sebagai ‘insan yang bangkit semula selepas mati’.

    Ada juga yang bimbang jika penyanyi berusia 27 tahun itu mengalami masalah depresi kerana sering dihimpit kontroversi dan gosip-gosip liar.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Klip Video Lagu Baru Taylor Swift Pecah Rekod "