• KL2017: Wai Kin Silaukan Pagi Dengan Pingat Emas

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+
    Foto Mynewshub


    MALAYSIA merangkul pingat emas dan perak bagi acara jianshu lelaki sukan wushu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

    Yeap Wai Kin mengejutkan rakan senegara yang juga juara dunia, Wong Wen Son pada aksi final dengan mencatat 9.67 mata berbanding 9.65 mata diperoleh oleh lawannya itu.

    Gangsa dimenangi oleh Fung Jin Jie dari Singapura dengan 9.48 mata.

    Weng Son, pemenang pingat emas pada Piala Dunia Taolu dan Kejohanan Asia tahun lalu, pasti kecewa kerana dia turut gagal memenangi pingat emas dalam dua penampilan terdahulu pada Sukan SEA.

    Dalam acara jianshu wanita, bekas juara dunia Phoon Eyin menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara apabila mengumpul 9.63 mata dengan Duong Thuy Vi dari Vietnam mempertahankan emas yang dimenanginya di Singapura dua tahun lalu dengan 9.67 mata.

    Gangsa menjadi milik peserta wushu Singapura, Fung Hui Xin yang mencatat 9.60 mata. – Harian Metro

    Subjects:

  • No Comment to " KL2017: Wai Kin Silaukan Pagi Dengan Pingat Emas "