• KL2017 : Skuad Recurve Wanita Negara Raih Emas

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Kontinjen negara meraih satu lagi pingat emas dari gelanggang memanah di padang sintetik Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, hari ini.

    Gandingan Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha Mazlan memastikan pingat juara dalam genggaman negara selepas menewaskan wakil Indonesia, 5-1, pada aksi final acara recurve berpasukan wanita, sebentar tadi.

    Ini adalah emas ke-18 buat kontinjen negara sehingga hari ini termasuk satu menerusi acara wushu sebentar tadi. – BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " KL2017 : Skuad Recurve Wanita Negara Raih Emas "