• KL2017: Pingat Emas Bola Jaring Milik Malaysia

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring negara hari ini menambah satu lagi kutipan pingat emas negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila menewaskan juara bertahan Singapura dalam perlawanan penuh debar di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, di sini.

    Percaturan jurulatih daripada Australia, Tracey Robinson mendorong skuad negara menguasai gelanggang seawal permainan dengan mempamerkan hantaran-hantaran kemas untuk mengungguli permainan dengan 65-41, sekali gus merealisasikan hasrat merampas kembali pingat emas setelah tewas kepada republik itu pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

    Turut sama berkongsi kegembiraan dengan skuad bola jaring negara ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir menyaksikan perlawanan itu dan perdana menteri kemudian mengalungkan pingat kemenangan kepada skuad negara.

    Turut hadir memberi sokongan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

    Semalam, skuad negara menewaskan Brunei 70-28 manakala Singapura pula mengalahkan Thailand 55-43 pada perlawanan separuh akhir. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " KL2017: Pingat Emas Bola Jaring Milik Malaysia "