• KL2017: Jin Wei Tamatkan Penantian 14 Tahun Malaysia Raih Emas

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei meraih emas selepas menumpaskan rakan senegara, Soniia Cheah 21-11, 21-10 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Axiata, hari ini.

    Jin Wei yang berusia 17 tahun menamatkan penantian selama 14 tahun selepas kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara perseorangan wanita melalui Datin Wong Mew Choo pada 2003 di Vietnam.

    Dua tahun lalu, Jin Wei hanya meraih gangsa selepas tumpas dalam perlawanan separuh akhir di tangan Hanna Ramadini dari Indonesia.

    Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai hanya meraih perak selepas tumpas kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 15-21, 20-22.

    Kekalahan itu menyebabkan penantian selama 18 tahun emas dalam acara ini berterusan, di mana kali terakhir Malaysia meraih emas ialah melalui Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee pada 1999 di Brunei. - BHOnline

    Foto Mohamad Shahril Badri Saali

    Subjects:

  • No Comment to " KL2017: Jin Wei Tamatkan Penantian 14 Tahun Malaysia Raih Emas "