• KL2017: Atlet Gimrama Negara Sapu Bersih 4 emas

    Published: Monday, 28 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Skuad gimrama negara mempamerkan aksi penuh bertenaga untuk memukau barisan juri apabila menyapu bersih empat emas yang ditawarkan pagi ini pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

    Emas pertama kontinjen Malaysia pada saingan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) itu di sumbangkan oleh Koi Sie Yan dalam acara gelung.

    Penguasaan gimnas negara diteruskan menerusi Izzah Amzan yang menguasai acara bola selepas menewaskan Sie Yan untuk meraih perak, manakala gangsa milik atlet Indonesia, Nabila Evandestiera.

    Aksi gemalai gimnas negara terus menakluk pentas pertandingan dalam acara belantan apabila penguasaan atlet negara gagal dinafikan oleh peserta lain.

    Kali ini Sie Yan pula mengambil giliran menghadiahkan emas keduanya. Izzah meraih perak dan gangsa milik atlet Thailand Thanyaphat Sungvornyothin

    Malaysia menutup tirai saingan di MiTEC dalam acara aparatus individu dengan kejayaan gemilang, apabila Amy Kwan menghadiahkan emas ke-100 negara di temasya kali ini menerusi acara riben. – BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " KL2017: Atlet Gimrama Negara Sapu Bersih 4 emas "