• KL2017: Aaliyah Yoong Rangkul Emas Kedua

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat emas keduanya untuk Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila cemerlang dalam acara jump dengan lompatan sejauh 32.6 meter, sebentar tadi.

    Pingat perak pula dimenangi juara bertahan Sukan SEA Singapura 2015, Rossi Amir dari Indonesia yang melakukan lompatan sejauh 30.8 meter.

    Manakala, pingat gangsa pula menjadi milik seorang lagi atlet Indonesia, Nur Alimah Priambodo.

    Terdahulu, Aaliyah turut menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen Malaysia selepas mencatat mata 2.0 dalam acara slalom individu wanita, pagi tadi.

    Aaliyah sekali lagi akan turun ke Tasik Putrajaya petang ini bagi mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, dalam acara kegemarannya Trick. - BHOnline

    Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

    Subjects:

  • No Comment to " KL2017: Aaliyah Yoong Rangkul Emas Kedua "