• Kita Sudah Juara - Khairy

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    NILAI: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat kesimpulan kontinjen Malaysia sudah muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

    Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas malam tadi apabila juara keirin dunia Azizulhasni Awang meraih emas acara pecut berbasikal trek di Velodrom Nasional Malaysia.

    "Saya boleh simpulkan Malaysia sudah muncul juara keseluruhan ketika saingan berbaki dua hari.

    "Ini adalah hadiah kepada rakyat Malaysia sempena kemerdekaan ke-60 pada 31 Ogos ini," katanya.

    Khairy turut melahirkan keyakinan kontinjen Malaysia mampu mencapai sehingga 120 pingat emas.

    "Saya pasti dan jelas kita lepasi, kita akan lakar sejarah paling berjaya dalam sejarah penyertaan Sukan SEA. Mengikut kiraan saya, kita akan hampiri 120 pingat emas," jelasnya.

    Tambahnya, kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa kerja keras dan usaha semua pihak iaitu atlet, jurulatih, dan keluarga serta penyokong.

    Khairy berkata beliau mahu kejayaan ini berterusan pada temasya akan datang selepas melihat atlet pelapis mencapai prestasi membanggakan kali ini.

    "Kita perlu kekal konsisten seperti ketiga teratas pada Sukan SEA. Kita tidak mahu ini kejayaan one-off (sekali) saja," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kita Sudah Juara - Khairy "