• Kit Siang Hanya Perlu Jawab Soalan Tempat Lahir

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+
    "Saya pernah jadi pemberita dan jika ada berita trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mula soal atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” kata Kit Siang dengan nada angkuh ketika ditanya tempat lahirnya. Namun soalan sebenar tidak dijawab. (sumber mynation news)

    Itulah jawapan Penasihat DAP Lim Kit Siang bila ditanya soalan tentang tempat lahir beliau. Kenapa perlu melenting sedangkan wartawan bertanya untuk mengetahui fakta sebenar.

    Kit Siang perlu ingat wartawan bertanya kepada beliau sendiri dan bukan menerusi pihak ketiga untuk mendapat fakta. Kenapa pula nak menyuruh wartawan menyiasat ?

    Tidakkah jika wartawan meyiasat pihak lain, maka cerita sebenar tidak akan diketahui dan fitnah akan berlaku. Jadi apa perlunya wartawan menyiasat sedangkan soalan dituju secara langsung kepada Kit Siang.

    Jika ia adalah fitnah seperti yang didakwa beliau, kenapa pula tidak mahu menjawab soalan dan asyik menyatakan perkara yang lain serta mengelak daripada menyata kebenaran.

    Jelaslah Kit Siang cuba berdalih dan enggan menjawab kerana soalan itu akan menjadi peluru menghentam beliau balik sekiranya Kit Siang menjawab.

    Apalah yang perlu dimalukan dengan tempat kelahiran, sedangkan ramai kalangan rakyat Malaysia memang lahir ditempat lain sebelum berhijrah ke negara ini.

    Apa yang penting kini, rakyat Malaysia mahu jawapan daripada Kit Siang sendiri agar tertutup ruang fitnah. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Kit Siang Hanya Perlu Jawab Soalan Tempat Lahir "