• Kilang Buat Bom Di Barcelona

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    BARCELONA: Polis Sepanyol menemui 120 tong gas di sebuah rumah dipercayai menjadi kilang menghasilkan bom suspek serangan ganas yang meragut 14 nyawa, ketika bandar raya ini berkabung susulan kejadian berkenaan.

    Ketua Polis wilayah itu, Josep Lluis Trapero berkata, suspek militan dipercayai menghasilkan bom untuk satu atau lebih serangan di Barcelona.

    Suspek secara tidak sengaja menyebabkan letupan di rumah itu pada petang serangan Khamis lalu, kesilapan yang memaksa mereka mengubah rancangan.

    Ia mendorong mereka menggunakan kenderaan merempuh orang awam di jalan raya Las Ramblas, menyebabkan 13 maut dan 100 lagi cedera.

    Beberapa jam kemudian, serangan sama dilancarkan di bandar Cambrils menyebabkan seorang wanita terbunuh.

    Polis menembak mati lima suspek di Cambrils, sebahagian daripadanya memakai tali pinggang letupan palsu dan membawa pisau.

    Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu, dipercayai yang pertama di Sepanyol.

    Polis membunuh lelaki berketurunan Maghribi, Younes Abouyaaqoub, 22, disyaki memandu van yang digunakan di Barcelona. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kilang Buat Bom Di Barcelona "