• Kesilapan Haziq Nadzli Normal – Kim Swee

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Bawah 22 Tahun (B-22) negara mengakui kesilapan penjaga gol adalah sesuatu yang normal dalam bola sepak.

    Tindakan Muhammad Haziq Nadzli yang cuba menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya gol hasil hantaran sudut pemain Thailand sekaligus masuk ke pintu gawang.

    “Sudah tentu ia bukan untuk menerima keadaan gol seperti itu, tetapi ia berlaku kepada semua orang dan kita tidak boleh menyalahkan pasukan.

    “Dia masih muda, dan mempunyai masa depan yang cerah. Malah ini merupakan proses pembelajaran yang sangat bagus.

    “Dan sudah tentu kami akan lebih bersedia untuk kembali bersama pada Disember ini bagi persiapan ke Piala AFC,” jelasnya selepas perlawanan.

    Dalam pada itu, Kim Swee juga mengakui beliau secara keseluruhannya amat berpuas hati dengan persembahan skuadnya.

    “Pemain sudah memberikan segalanya. Dengan masa yang terhad, kami berjaya membuktikan untuk mara ke separuh akhir bersaing dengan pasukan lebih baik dan bertemu Thailand.

    “Walaupun tewas, kami berada di landasan yang betul,” tambahnya.

    Dalam masa sama, Kim Swee juga memberitahu ketiadaan pasukan penyokong Malaysia, Ultras Malaya juga memberikan sedikit kesan suasana dalam stadium kali ini.

    “Ultras selalu menjadi sebahagian daripada kami dan sejak awal kempen berlangsung mereka ada. Saya tidak pasti malam ini apa yang terjadi. Tempiasnya sedikit sebanyak kepada pemain.

    “Walau apa pun yang berlaku saya harap, kita sama-sama bleh fikir mengenai masa depan skuad muda ini yang mempunyai masa depan cerah.

    “Mereka memerlukan Ultras dan juga penyokong-penyokong lain,” ujarnya.

    Pada perlawanan tersebut, Thailand mencatat rekod hatrik pingat emas apabila menang satu jaringan hasil daripada kesilapan penjaga gol negara. – mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Kesilapan Haziq Nadzli Normal – Kim Swee "