• Kesan Pemansuhan Dasar Kabotaj Dikaji Semula - James Masing

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    Susulan ketidakpuasan hati komuniti perkapalan di Sarawak terhadap pemansuhan dasar sabotaj yang dilaksanakan Jun lalu, terdapat pihak yang menggesa kerajaan persekutuan mengkaji semula kesan pemansuhan tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia akan melaksanakan kajian terperinci kesan susulan pemansuhan dasar kabotaj.

    "Pada masa ini, masih terlalu awal untuk mengukur kesan pemansuhan tersebut. Malah kajian terhadap pemansuhan itu dijangka bakal mengambil masa setahun," katanya.

    Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan menambah kedua-dua pihak mahupun dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri menitikberatkan kebimbangaan komuniti perkapalan Sarawak terhadap dasar tersebut.

    “Tetapi dapat disimpulkan bahawa kedua-dua kementerian akan bertemu dari semasa ke semasa dengan pihak berkepentingan untuk memantau sama ada terdapat impak ke atas industri perkapalan tempatan atau pemansuhan dasar kabotaj memerlukan kajian lanjut,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kesan Pemansuhan Dasar Kabotaj Dikaji Semula - James Masing "