• Kerja Luas Masjidil Haram Disambung

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    RIYADH: Syarikat Kumpulan Saudi Binladin akan memulakan semula kerja membesarkan Masjidil Haram bernilai AS$26.6 bilion (RM114 bilion), bulan depan, dua tahun selepas ia dihentikan berikutan kejadian kren tumbang yang mengorbankan 107 jemaah.

    Kerja akan dimulakan selepas musim haji dan syarikat Saudi Binladin akan membayar tunggakan gaji kepada kakitangan yang terbabit dalam projek itu, menurut notis firma berkenaan yang dihantar kepada bank.

    Sumber bank dan industri pembinaan mengesahkan rancangan itu.

    Proses pembesaran Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya untuk menampung lebih ramai jemaah dihentikan selepas kemalangan maut pada September 2015.

    Ia terus digantung berikutan kewangan kerajaan yang terjejas ekoran harga rendah minyak.

    Rancangan menyambung semula pembinaan di Masjidil Haram itu juga adalah petanda pemulihan semula Saudi Binladin.

    Syarikat itu dilarang memperoleh kontrak baharu selepas kes kren tumbang dan berhadapan masalah kewangan berikutan penurunan ketara dalam bidang pembinaan. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Kerja Luas Masjidil Haram Disambung "